Mana ada orang yang tak de masalah an..kecik beso ke,pasal family ke,kawan2 ke,study and so on.Tapi masalah lah yang menghidupkan jiwa kita.Kebenaran kata2 ni korang nilailah sendiri.Waktu awal tahun 2012 ni,aku berazam tok jadi orang yang lebih baik dari taon lepas.Aku tak nak gaduh ngan kawan macam aku form 1 and 2 dulu,taknak jadi pendendam,tak mau marah2 orang especially family and kawan.
Prof Muhaya cakap,kita tak boleh ubah orang kalau diri sendiri tak berubah.Maksudnya,kalau kita nak suruh orang solat,kita sendiri kena la solat.Kalau nak suruh orang buat baik,kita sendiri kena buat baik dulu so orang lain akan ikut.Tapi tiap2 taon,pergaduhan ngan kawan-kawan mesti terjadi jugak.Biasalah,dalam gurau mungkin ada yang melebih,dalam ketawa ada yang menyimpan dengki and yang lebih teruk kalau menyebarkan fitnah.Huhh..memang lidah ni lebih tajam dari pedang.
Apa yang kita cakap terutamanya yang menyakitkan hati,mesti orang akan ingat.Memaafkan memang mudah tapi untuk melupakan terus memang susah.Walaupun perkara tu tak betul,kita susah nak lupa.Rasulullah S.A.W,bukan seorang pendendam.Cukup lah orang tu mengaku salah dan diterangkan hal yang betul,kita maafkanlah.Kita selalu sebut kita manusia tak sempurna.Tapi sejauh mana kita berpegang dengan kata-kata tu??Kalau orang buat silap kita nak bentak-bentak,orang mengumpat kita dendam dan orang terkasar kita sumpah seranah.BEGITUKAH??
Maafkanlah semua orang setiap hari.Sebagaimana kita mahu orang lupakan kesalahan kita,begitulah kita cuba lupakan kesalahan orang.Perbaiki dirinya disamping membaiki diri sendiri.Jangan bersifat 'ANA KHAIRUN MINKUM' yakni merasa diri lebih baik dari orang lain.Kesalahan orang kita nampak dan tegur,tapi salah sendiri diabaikan dan marah pulak bila ditegur."Eh,betul la apa aku buat.Suka hati nak nasihat aku."
Selepas solat,doa supaya orang di sekeliling kita berani menegur salah kita dan kita sendiri sanggup menerima teguran tersebut.Jom,kita sama-sama jadi orang yang mudah memberi maaf dan saling menegur!Semoga,kita sama-sama peroleh kejayaan di dunia dan akhirat..AMINN...
![]() |
YA ALLAH,JADIKAN DAKU DI KALANGAN HAMBA-MU YANG SOLEH. |
YANG IKHLAS,
QALBUN SALIM
Jangan bila dah hilang kawan baru kita rasa bertinya dia dalam hidup kita..
No comments:
Post a Comment