BERJUANGLAH...

Monday, 18 June 2012

Bila Remaja Jatuh Cinta..





Allah menciptakan lelaki untuk perempuan dan begitu juga sebaliknya..

         Aku seorang remaja.Aku pernah suka seseorang dan cinta seseorang.Tapi,sebagai seorang Islam,aku tahu batas2 nya.Kalo jatuh cinta,satiap masa teringatkan si dia.Jika si dia lalu,pandangan mata akan mengiringinya.Walaupun kita tahu,pandangan kedua itu adalah syaitan.Apatah lagi jika pandangan itu dituruti rasa bergejolak di jiwa.Mulalah tersenyum sendiri.Bicara rakan juga masuk telinga kanan keluar telinga kiri.Betapa hebatnya penangan cinta remaja.

        Pengalaman aku sendiri,aku memang akan teringatkan dia apatah lagi kalo tengok sesuatu yang ada kena mengena ngan dia.Bila aku baca Majalah Solusi @ buku2 motivasi,kadang2 aku akan menangis sendiri sebab teringatkan perasaan cinta yang tak berkesudahan ni.Aku pun malas nak fikir pasal cinta sebab umo masih mentah.Banyak benda yang aku tak tau.Fokus aku sekarang sepatutnya pelajaran.Harapan mak ayah sangat tinggi.Takkan aku nak tengok mak ayah kecewa. 

        Tapi aku bersyukur,perasaan tu tak jejaskan pelajaran aku.Aku pun tak angau sangat.Bila kat dalam kelas aku tak terbayang-bayang kat dia sampai berkhayal.Cuma kadang2 tu teringat kat dia.Aku sebenarnya takut cinta ni melebihi cinta aku pada Allah S.W.T.Walhal,Dia lah yang mengurniakan kesihatan,rezeki,ilmu, kehidupan yang sakinah dan macam2 lagi rahmat-Nya.Tak terhitung kurniaan Allah yang ar-Rahman lagi ar-Rahim.

          Sekali kita selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W, 10 kali Allah akan berselawat ke atas kita.Pelbagai nikmat Allah janjikan jika kita jadi hamba-Nya yang bertaqwa.Setiap titis susu ibu yang diberi kepada anaknya akan dikira sebagai pahala.Malah,seseorang wanita yang memakai purdah dengan istiqamah kat dunia ni,di syurga kelak Allah sendiri yang akan datang kepadanya.Setiap amal yang kita lakukan,Allah balas dengan ganjaran yang sangat bernilai berupa pahala.

        Allah takkan kecewakan hamba-Nya yang mencintainya.Malah Allah janjikan pelbagai kenikmatan hingga membuatkan kita berasa dekat dengan-Nya.Setiap dugaan yang Allah beri tu merupakan tanda Dia mahu kita lebih mengingatinya.Kebanyakan manusia akan ingatkan Allah apabila dalam kekecewaan dan dihimpit dugaan.Allah ingin kita tahu bahawa Dia rindukan rintihan hambanya yang menagih keampunan.(Rindu Allah tak seperti manusia.Dia tidak akan terjejas dengan kufurnya manusia tapi kita yang akan terseksa tanpa rahmat-Nya)
           
                  Tapi bila kita cintakan manusia,tak semua manusia tahu hargai cinta yang kita beri tu.Apatah lagi jika cinta secara senyap2.Macam2 perilaku dia yang buatkan kita kecewa.Kadang2 kita nampak dia sembang2 mesra ngan awek cun,dia jeling2 perempuan yang lalu kat depan dia,sakat-sakat,try ngorat & macam2 lagi.Kita pulak dalam hati nangis sendiri.Hati tu rasa macam dicarik-carik.Lebih lagi kalo kita ni muka tak seberapa,memang dia tak pandang.Kita yang dok cover malu bila jalan kat sebelah dia.Dia tak rasa apa pun.

                Tapi,Allah tak pandang rupa seseorang tu.Yang penting hati dia bersih dan penuh dengan rasa cinta pada  Allah.Bilal bin Rabah gelap kulitnya.Sudahla seorang hamba.Tapi,kerana kasihnya akan Rasulullah dan islam,Allah mengangkat darjatnya sebagai pelaung azan yang pertama.Bahkan para malaikat mendengar suaranya yang lahir daripada hati yang bersih dan ikhlas.

        Sangat susah untuk mencari pasangan yang betul2 mencintai Allah.Sebab itu,bila aku lihat orang alim berkahwin,hati ni rasa cemburu.Sebab,pasangannya itu sangat bertuah memiliki orang alim tersebut.Aku sedar diri ni  banyak kekurangan.Tapi aku berpegang pada kata2 "wanita yang baik untuk lelaki yang baik,dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik."Aku akan berusaha untuk menjadi seorang muslimah yang diredhai Allah S.W.T.Buat para wanita di luar sana,mari kita sama2 perbaiki diri untuk terus bermujahadah menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.InsyaAllah...Aminn......


p/s:rasanya kebanyakan remaja alami penyakit LS(Love Syndrome) macam ni.lebih2 lagi cinta tak berbalas.Lek arr,kita ada Allah.kita boleh menangis & merintih pada-Nya sebab Dia dengar segala luahan kita.dan insyaAllah,dia beri jalan keluar.

YANG INGIN BERKONGSI,

QALBUN SALIM



Jom hayati betul-betul lirik lagi nih.Try bayangkan kita yang alaminya.Siyes,aku penah nangis dengar lagu nih..Puitis sangat!!



No comments:

Post a Comment