BERJUANGLAH...

Wednesday, 3 October 2012

MENANGIS SEBAB LELAKI????

ASSALAMUALAIKUM




Whoaaa.....lama kot tak blogging.al maklumlah,candidate PMR la katakan.minggu ni tak banyak kerja sekolah.TAPI,stress sebab cikgu selalu dok ingatkan pasal pmr yang dah nak dekat.pra-pmr baru-baru ni result aku jatuh jugak.hok alooh,riso kawe!!

pastu sejak akhir-akhir ni aku tak ada mood sangat nak joking ngan kawan-kawan.kalo dulu,nak exam pun dok gelak-gelak lagi.cikgu ada jugak ingatkan,jangan banyak gelak nanti banyak menangis pulak.kalo aku gurau ngan diorang pon,biasa-biasa je.mungkin ni tanda-tanda stress.kalo tak silap aku pernah baca bila kita hilang mood kat benda yang kita gemar tu tanda kita tengah tertekan.waduh-waduh gimana sih!!

oraitt,let's go to the point aku wat post ni.minggu lepas kalo tak silap aku,lepas habis exam pra-pmr,tiba-tiba,ada sorang kawan aku menangis.lepas keluar dewan dia ajak sorang kawan aku ni pegi mana entah.kawan aku yang lain tertanya-tanya,apsal dia nangis weh??

aku pun pelik.aku ingat dia stress ngan exam.ada kawan aku cakap sebab tak de orang wish happy birthday kat dia.ada jugak yang cakap sebab LELAKI.aku tak tahu mana yang betul.

kawan aku cakap dia(yang nangis tadi) ada bermesej(sms) ngan laki.budak kelas lain.mula-mula dulu laki tu macam syok ngan dia.aku pun tak tau macam mana nomo fon kawan aku tu boleh ada kat budak laki tu.pastu lama-lama laki tu dah tak layan.mungkin kawan aku tu dah mengharap kot.

aku tak pasti benda ni sume true or not.kalo tak betul pun,mungkin remaja lain ada menghadapi benda yang sama.aku cuma nak cakap sikit pasal menangis sebab laki.

post ni dibuat bukan untuk malukan kawan aku,cuma sebagai nasihat kat remaja lain.

aku sedih sangat kalo tengok perempuan yang sanggup berkorban untu boyfi dia.i was like,o come on,he can't give you everything.even feed you for the rest of your life.yang buat semua tu,keluarga.they supposed to get the same and even more.kenapa perlu couple??tak cukup kasih sayang dari keluarga?hei..you have ALLAH.rasa tersisih ngan kawan-kawan??hei..you have ALLAH.rasa tak laku??hei...you have ALLAH.always have ALLAH.

seriously,takde manfaat apa pun couple.aku tak boleh bacala kalo ada remaja bunuh diri sebab putus cinta.nyawa korang sangat berharga untuk dipersiakan.kita semua hidup kat dunia ni sekali je.amal yang akan dibawa menghadap ALLAH nanti mungkin tak cukup.life is too short.kita hanya singgah je kat dunia untuk siapkan bekaln sebab lepas ni kita ada perjalanan yang lebih jauh.60 tahun,100 tahun tu sangat singkat dibandingkan dengan kat akhirat nanti yang selama-lamanya.

so,berbaloi ke nangis,korban nyawa,lari rumah,serahkan maruah kat seseorang yang belum tentu jadi pendamping kita di syurga nanti.you are just wasting your time!  
pejalanan kita masih jauh
 sabarlah.Allah sudah mempunyai perancangan yang lebih baik untukmu.hayati lirik ni.banyak lagi kita kena uruskan.syukurlah sampai sekarang Allah masih pilih kita untuk melihat mata hari lagi.

Wednesday, 4 July 2012

CERITA CINTA

Haii,cinta lagi?jiwang kew?no lah,just nak berkongsi sedikit pengalaman hidup insan kerdil ni..Sebelum tu,layann dulu lagu ni,kejap jer.........

 

Andainya,
Dapat engkau mendengarkan,
Suara di hatiku melagukan rindu.

Kiranya engkau mampu mentafsirkan,
Setiap bait kata-kata yang terucap.

Pasti dirimu kan memahami,
Harapan kasih yang terbina,
Sekian lama hanyalah untukmu..

Bukanlah aku sengaja,
Melindungi rasa di jiwa,
Namun bimbang dirikan terleka,
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah,
Hingga terabai segala cita,
Sedang khayalan tak menjanjikan,
Segunung kebahagiaan,
Sebagai mahar hantaran..

Apakah mungkin engkau mengerti,
Setiap cinta yang dilafazkan,
Bukanlah sekadar mainan,
Tetapi sebuah janji..

Andainya,
Dapat engkau mendengarkan,
Suara di hatiku melagukan rindu,
Kiranya engkau bisa mentafsirkan,
Setiap bait kata-kata yang terungkap..

Pasti dirimu dapat melihat,
Rahsia kasih yang terpendam sekian lama,
Disudut hatiku...
Hanyalah untukmu..
Selamanya....

*************************************************************

Cer hayati lirik ni.Ada kena mengena tak ngan kome?Lirik ni sesuai ntok orang yang tak couple.Tapi bukan nak menggalakkan korang jatuh cinta or melayan sesapa pun.

Lagu ni pasal seseorang(laki or pompuan)yang sukakan seseorang.~.~Tapi dia simpan perasaan tu dalam hati.Bukan sebab takut cinta ditolak,(walopon dua-dua slalu curi2 pandang)tapi takut leka dengan permainan duniawi ni.Dan semestinya,takut ngan murka Allah S.W.T.Dia tak mahu berangan-angan benda yang tak pasti,bermimpi benda yang sia-sia.Sedangkan dia belum lagi mencapai cita-citanya.Dia tak mau permainan cinta ni meralitkan dia dan buatkan dia selalu berkhayal.(bukan berkhayal benda yang tak elok k!!) Sebab semua tu tak menjanjikan kebahagiaan yang hakiki dan tak mustahil akan berakhir ditengah jalan.

Cinta yang akan dilafazkan bukan permainan bibir semata,tapi sebuah janji dan akan dikukuhkan dengan hubungan yang lebih diredhai-Nya.Tapi,dia tak terlepas dari fitrah manusia.Dia selalu merindu,dan setiap tutur bicaranya penuh kasih sayang yang tak dizahirkan.Di hatinya,dia sedang persiapkan ruang untuk diisi cinta hatinya.Ingin selamanya bersama.

**************************************************************


Cinta orang tu sebenarnya sangat ikhlas.Bagi aku,cinta yang tak diluah lebih ikhlas.Kita bukannya fikir pasal perasaan kita je,kita fikir pasal nasib kita di akhirat kelak.Cinta pada seseorang tu taklah sampai melupakan Allah.Kita kena yakin apa yang Allah tetapkan itu lah yang terbaik.Mungkin suatu masa Allah tetapkan kita berpisah jauh dari nya.Mungkin Allah tetapkan dia bukan kepunyaan kita.

Yakinlah,ketentuan Allah itulah yang terbaik.Munkin ada seseorang yang lebih baik daripadanya untuk kita.Yang penting,berusahalah untuk menjadi hamba-Nya yang soleh,kerana insyaAllah,pasangan kita nanti juga soleh.Kan Allah dah janji,"lelaki yang keji untuk wanita yang keji dan wanita yang keji untuk lelaki yang keji.dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik dan wanita yang baik untuk lelaki yang baik"(surah an-Nur:26)

  

Moga kita sama-sama menjadi insan yang dikasihi-Nya.IsyaAllah.Aminn..


IKHLAS DARI HATI,

QALBUN SALIM   




Wednesday, 27 June 2012

MV - Pejuang Agama by Imam Muda 2 LAYANN!!

Teringat kat ustaz Nazrul.dulu dia ajar sirah masa aku darjah lima.Imam Hassan hari tu ada datang ceramah kat sekolah.siyes muka dia lain macam kott.ada Nur.memang ramai perempuan yang menaruh harapan rasanya hari tu.haha...Apa-apa pun tahniah kat saudari Ulfah yang telah sah menjadi isteri buat Imam Hassan.Allah dah tetapkan korang berdua menjadi suami isteri.Alhamdulillah,moga bahagia melayari alam perkahwinan dan sama-samalah bermujahadah menjadi hamba yang diredhai-Nya.Aminn...
Jom layan lagu baru daripada Imam Muda 2,Pejuang Agama.Hayati baik-baik liriknya.Jangan kita bersengketa sesama sendiri dan terimalah pendapat orang lain..Moga keamanan negara dikekalkan oleh Allah S.W.T.Jauhkan korupsi,tingkatkan prestasi.
 



PROBLEMM??

Mana ada orang yang tak de masalah an..kecik beso ke,pasal family ke,kawan2 ke,study and so on.Tapi masalah lah yang menghidupkan jiwa kita.Kebenaran kata2 ni korang nilailah sendiri.Waktu awal tahun 2012 ni,aku berazam tok jadi orang yang lebih baik dari taon lepas.Aku tak nak gaduh ngan kawan macam aku form 1 and 2 dulu,taknak jadi pendendam,tak mau marah2 orang especially family and kawan.

Prof Muhaya cakap,kita tak boleh ubah orang kalau diri sendiri tak berubah.Maksudnya,kalau kita nak suruh orang solat,kita sendiri kena la solat.Kalau nak suruh orang buat baik,kita sendiri kena buat baik dulu so orang lain akan ikut.Tapi tiap2 taon,pergaduhan ngan kawan-kawan mesti terjadi jugak.Biasalah,dalam gurau mungkin ada yang melebih,dalam ketawa ada yang menyimpan dengki and yang lebih teruk kalau menyebarkan fitnah.Huhh..memang lidah ni lebih tajam dari pedang.
Apa yang kita cakap terutamanya yang menyakitkan hati,mesti orang akan ingat.Memaafkan memang mudah tapi untuk melupakan terus memang susah.Walaupun perkara tu tak betul,kita susah nak lupa.Rasulullah S.A.W,bukan seorang pendendam.Cukup lah orang tu mengaku salah dan diterangkan hal yang betul,kita maafkanlah.Kita selalu sebut kita manusia tak sempurna.Tapi sejauh mana kita berpegang dengan kata-kata tu??Kalau orang buat silap kita nak bentak-bentak,orang mengumpat kita dendam dan orang terkasar kita sumpah seranah.BEGITUKAH??
Maafkanlah semua orang setiap hari.Sebagaimana kita mahu orang lupakan kesalahan kita,begitulah kita cuba lupakan kesalahan orang.Perbaiki dirinya disamping membaiki diri sendiri.Jangan bersifat 'ANA KHAIRUN MINKUM' yakni merasa diri lebih baik dari orang lain.Kesalahan orang kita nampak dan tegur,tapi salah sendiri diabaikan dan marah pulak bila ditegur."Eh,betul la apa aku buat.Suka hati nak nasihat aku."
Selepas solat,doa supaya orang di sekeliling kita berani menegur salah kita dan kita sendiri sanggup menerima teguran tersebut.Jom,kita sama-sama jadi orang yang mudah memberi maaf dan saling menegur!Semoga,kita sama-sama peroleh kejayaan di dunia dan akhirat..AMINN... 
YA ALLAH,JADIKAN DAKU DI KALANGAN HAMBA-MU YANG SOLEH.


YANG IKHLAS,

QALBUN SALIM  

 Jangan bila dah hilang kawan baru kita rasa bertinya dia dalam hidup kita..

Monday, 18 June 2012

Bila Remaja Jatuh Cinta..





Allah menciptakan lelaki untuk perempuan dan begitu juga sebaliknya..

         Aku seorang remaja.Aku pernah suka seseorang dan cinta seseorang.Tapi,sebagai seorang Islam,aku tahu batas2 nya.Kalo jatuh cinta,satiap masa teringatkan si dia.Jika si dia lalu,pandangan mata akan mengiringinya.Walaupun kita tahu,pandangan kedua itu adalah syaitan.Apatah lagi jika pandangan itu dituruti rasa bergejolak di jiwa.Mulalah tersenyum sendiri.Bicara rakan juga masuk telinga kanan keluar telinga kiri.Betapa hebatnya penangan cinta remaja.

        Pengalaman aku sendiri,aku memang akan teringatkan dia apatah lagi kalo tengok sesuatu yang ada kena mengena ngan dia.Bila aku baca Majalah Solusi @ buku2 motivasi,kadang2 aku akan menangis sendiri sebab teringatkan perasaan cinta yang tak berkesudahan ni.Aku pun malas nak fikir pasal cinta sebab umo masih mentah.Banyak benda yang aku tak tau.Fokus aku sekarang sepatutnya pelajaran.Harapan mak ayah sangat tinggi.Takkan aku nak tengok mak ayah kecewa. 

        Tapi aku bersyukur,perasaan tu tak jejaskan pelajaran aku.Aku pun tak angau sangat.Bila kat dalam kelas aku tak terbayang-bayang kat dia sampai berkhayal.Cuma kadang2 tu teringat kat dia.Aku sebenarnya takut cinta ni melebihi cinta aku pada Allah S.W.T.Walhal,Dia lah yang mengurniakan kesihatan,rezeki,ilmu, kehidupan yang sakinah dan macam2 lagi rahmat-Nya.Tak terhitung kurniaan Allah yang ar-Rahman lagi ar-Rahim.

          Sekali kita selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W, 10 kali Allah akan berselawat ke atas kita.Pelbagai nikmat Allah janjikan jika kita jadi hamba-Nya yang bertaqwa.Setiap titis susu ibu yang diberi kepada anaknya akan dikira sebagai pahala.Malah,seseorang wanita yang memakai purdah dengan istiqamah kat dunia ni,di syurga kelak Allah sendiri yang akan datang kepadanya.Setiap amal yang kita lakukan,Allah balas dengan ganjaran yang sangat bernilai berupa pahala.

        Allah takkan kecewakan hamba-Nya yang mencintainya.Malah Allah janjikan pelbagai kenikmatan hingga membuatkan kita berasa dekat dengan-Nya.Setiap dugaan yang Allah beri tu merupakan tanda Dia mahu kita lebih mengingatinya.Kebanyakan manusia akan ingatkan Allah apabila dalam kekecewaan dan dihimpit dugaan.Allah ingin kita tahu bahawa Dia rindukan rintihan hambanya yang menagih keampunan.(Rindu Allah tak seperti manusia.Dia tidak akan terjejas dengan kufurnya manusia tapi kita yang akan terseksa tanpa rahmat-Nya)
           
                  Tapi bila kita cintakan manusia,tak semua manusia tahu hargai cinta yang kita beri tu.Apatah lagi jika cinta secara senyap2.Macam2 perilaku dia yang buatkan kita kecewa.Kadang2 kita nampak dia sembang2 mesra ngan awek cun,dia jeling2 perempuan yang lalu kat depan dia,sakat-sakat,try ngorat & macam2 lagi.Kita pulak dalam hati nangis sendiri.Hati tu rasa macam dicarik-carik.Lebih lagi kalo kita ni muka tak seberapa,memang dia tak pandang.Kita yang dok cover malu bila jalan kat sebelah dia.Dia tak rasa apa pun.

                Tapi,Allah tak pandang rupa seseorang tu.Yang penting hati dia bersih dan penuh dengan rasa cinta pada  Allah.Bilal bin Rabah gelap kulitnya.Sudahla seorang hamba.Tapi,kerana kasihnya akan Rasulullah dan islam,Allah mengangkat darjatnya sebagai pelaung azan yang pertama.Bahkan para malaikat mendengar suaranya yang lahir daripada hati yang bersih dan ikhlas.

        Sangat susah untuk mencari pasangan yang betul2 mencintai Allah.Sebab itu,bila aku lihat orang alim berkahwin,hati ni rasa cemburu.Sebab,pasangannya itu sangat bertuah memiliki orang alim tersebut.Aku sedar diri ni  banyak kekurangan.Tapi aku berpegang pada kata2 "wanita yang baik untuk lelaki yang baik,dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik."Aku akan berusaha untuk menjadi seorang muslimah yang diredhai Allah S.W.T.Buat para wanita di luar sana,mari kita sama2 perbaiki diri untuk terus bermujahadah menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.InsyaAllah...Aminn......


p/s:rasanya kebanyakan remaja alami penyakit LS(Love Syndrome) macam ni.lebih2 lagi cinta tak berbalas.Lek arr,kita ada Allah.kita boleh menangis & merintih pada-Nya sebab Dia dengar segala luahan kita.dan insyaAllah,dia beri jalan keluar.

YANG INGIN BERKONGSI,

QALBUN SALIM



Jom hayati betul-betul lirik lagi nih.Try bayangkan kita yang alaminya.Siyes,aku penah nangis dengar lagu nih..Puitis sangat!!



AINUL MARDHIAH,BIDADARI SYURGA...







Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua kepada segala bidadari- bidadari).

Berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt merupakan satu amalan yang akan menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat r.hum. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.


Rasulullah saw bersabda“Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya.”(Hadith sahih riwayat Tirmizi)

Ainul Mardhiah (bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt.)

Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.
QS. ar-Rahman (55) : 58

Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.
QS. ar-Rahman (55) : 70

(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah.
QS. ar-Rahman (55) : 72

Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.
QS. ar-Rahman (55) : 74

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi saw,kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar
(dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2,lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau berada,lalu ada suara yang menjawab,inilah syurga,tiba2 dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi saw bagitahu tadi),lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu,tak pernah dilihat didunia ini,lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab ehh tidakk(lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita),saya penjaganya,Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya hanya penjagaya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan,lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan tidak pernah di lihat di dunia,lalu wanita itu berkata,akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku,bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab,nanti kamu belum syahid lagi,tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW,tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi saw.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi saw di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi saw dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.

Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada nabi saw,Nabi saw menjawab benar,benar,benar sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga..
 







Thursday, 24 May 2012

Alhamdulillah..

Alhamdulillah..Allah telah permudahkan urusanku.Impianku untuk mempunyai sebuah blog sudah tercapai.Sebelum ni,aku yang tak berapa celik IT ni cuba untuk membuat blog..Namun apakan daya,macam-macam aku tekan kat skrin komputer tapi blog tak muncul-muncul.Dan hari ini..hari yang penuh bersejarah ini..(gaya Tun Abdul Rahman)aku dengan suka gilanya,mengisytiharkan blog www.syafiqah-bicararemaja.blogspot ini adalah milikku..

oklah..apa yang aku nak habag mai kat hampa,aku masih baru dalam dunia blogging ni,banyak yang aku tak tau.tapi niat aku buat blog adalah untuk berkongsi suka-duka perjalanan hidup seorang remaja.Yaa..remaja.kenapa remaja?sebab aku sendiri seorang remaja.

Aku bukan seorang yang bijak dan genius..Jadi apa yang akan aku kongsi nanti adalah pengalaman sendiri,rakan-rakan dan apa yang aku dapat melalui pembacaanku sendiri..Bergelar seorang remaja pastinya dibebani dengan pelbagai cabaran.contohnya krisis identiti,masalah pelajaran dan yang utamanya adalah CINTA.


Jadi,apa-apa pun aku disini dengan rendah hatinya,nak minta maaf jika penulisan yang pertama ini membuatkan korang rasa bosan atau jelik..Yeeaahh..aku masih baru..Dan aku akan belajar untuk menjadi lebih baik.(sebona nyo,waktu dudok depan komputer otak aku tak bulih nak pikio sangat..tu yang men hontam sajo tuw...maap la yoo) 
 yang ikhlas,
Qalbun Salim..


 p/s:aku rasa ayat aku agak baku..padahal sebelum nulis tu macam2 aku pikir n cakap.tapi bile dok depan laptop,blurr.......
p/s:post aku yang kedua nanti mesti gempakk.huarghh!!!!!!!