BERJUANGLAH...

Wednesday, 4 July 2012

CERITA CINTA

Haii,cinta lagi?jiwang kew?no lah,just nak berkongsi sedikit pengalaman hidup insan kerdil ni..Sebelum tu,layann dulu lagu ni,kejap jer.........

 

Andainya,
Dapat engkau mendengarkan,
Suara di hatiku melagukan rindu.

Kiranya engkau mampu mentafsirkan,
Setiap bait kata-kata yang terucap.

Pasti dirimu kan memahami,
Harapan kasih yang terbina,
Sekian lama hanyalah untukmu..

Bukanlah aku sengaja,
Melindungi rasa di jiwa,
Namun bimbang dirikan terleka,
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah,
Hingga terabai segala cita,
Sedang khayalan tak menjanjikan,
Segunung kebahagiaan,
Sebagai mahar hantaran..

Apakah mungkin engkau mengerti,
Setiap cinta yang dilafazkan,
Bukanlah sekadar mainan,
Tetapi sebuah janji..

Andainya,
Dapat engkau mendengarkan,
Suara di hatiku melagukan rindu,
Kiranya engkau bisa mentafsirkan,
Setiap bait kata-kata yang terungkap..

Pasti dirimu dapat melihat,
Rahsia kasih yang terpendam sekian lama,
Disudut hatiku...
Hanyalah untukmu..
Selamanya....

*************************************************************

Cer hayati lirik ni.Ada kena mengena tak ngan kome?Lirik ni sesuai ntok orang yang tak couple.Tapi bukan nak menggalakkan korang jatuh cinta or melayan sesapa pun.

Lagu ni pasal seseorang(laki or pompuan)yang sukakan seseorang.~.~Tapi dia simpan perasaan tu dalam hati.Bukan sebab takut cinta ditolak,(walopon dua-dua slalu curi2 pandang)tapi takut leka dengan permainan duniawi ni.Dan semestinya,takut ngan murka Allah S.W.T.Dia tak mahu berangan-angan benda yang tak pasti,bermimpi benda yang sia-sia.Sedangkan dia belum lagi mencapai cita-citanya.Dia tak mau permainan cinta ni meralitkan dia dan buatkan dia selalu berkhayal.(bukan berkhayal benda yang tak elok k!!) Sebab semua tu tak menjanjikan kebahagiaan yang hakiki dan tak mustahil akan berakhir ditengah jalan.

Cinta yang akan dilafazkan bukan permainan bibir semata,tapi sebuah janji dan akan dikukuhkan dengan hubungan yang lebih diredhai-Nya.Tapi,dia tak terlepas dari fitrah manusia.Dia selalu merindu,dan setiap tutur bicaranya penuh kasih sayang yang tak dizahirkan.Di hatinya,dia sedang persiapkan ruang untuk diisi cinta hatinya.Ingin selamanya bersama.

**************************************************************


Cinta orang tu sebenarnya sangat ikhlas.Bagi aku,cinta yang tak diluah lebih ikhlas.Kita bukannya fikir pasal perasaan kita je,kita fikir pasal nasib kita di akhirat kelak.Cinta pada seseorang tu taklah sampai melupakan Allah.Kita kena yakin apa yang Allah tetapkan itu lah yang terbaik.Mungkin suatu masa Allah tetapkan kita berpisah jauh dari nya.Mungkin Allah tetapkan dia bukan kepunyaan kita.

Yakinlah,ketentuan Allah itulah yang terbaik.Munkin ada seseorang yang lebih baik daripadanya untuk kita.Yang penting,berusahalah untuk menjadi hamba-Nya yang soleh,kerana insyaAllah,pasangan kita nanti juga soleh.Kan Allah dah janji,"lelaki yang keji untuk wanita yang keji dan wanita yang keji untuk lelaki yang keji.dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik dan wanita yang baik untuk lelaki yang baik"(surah an-Nur:26)

  

Moga kita sama-sama menjadi insan yang dikasihi-Nya.IsyaAllah.Aminn..


IKHLAS DARI HATI,

QALBUN SALIM