BERJUANGLAH...

Tuesday, 8 January 2013

RUPAKAH YANG KAU PILIH??

           Assalamualaikum


wah,smenjak dh abis PMR aku langsung tak jenguk mr.blogi haku nih!skarang ni konon dah merdeka la,nak seronok2 kejap.yela,taon depan tak leh main2 dah.aku nak tebus balik semua kesilapan aku waktu form 3..kalau f3 suka study last minute,taon depan tak mau!semuanya harus jadi lebih baik!!!!!!(eh,manyaknya tanda seru kite)


hmm,rasa cam tajuk lain ngan apa yang aku dok merepek ni..ok ok,kmbali pada asal.


kali ni aku nak cakap pasal cinta berlandaskan rupa.aku rsa  ramai sangat remaja yang macam ni.memanglah,tak dinafikan rupa seseorang tu menjadi titik tumpu pandangan mata kita.dan fitrah manusia suka benda cantik.and hakikat nya,orang cantik memang lebih menawan.


BUT!!!cantik tak bermakna berkualiti.dan cantik juga tak bermakna mahal!


sebut pasal mahal mesti dah boleh agak perempuan macam mana aku nak cerita ni.YES..perempuan bermaruah!bermaruah bukan sahaja masih dara dan suci.tapi menjaga auratnya kerana aurat itu juga adalah maruah.


cuba bayangkan..seorang perempuan (mungkin bertudung mungkin tidak) berpakaian ketat atau singkat.lebih tepat tak memenuhi tuntutan syaria't sepenuhnya.tudung tak menutup dada yang membonjol,baju sendat dan menampakkan susuk tubuh,tabaruj hingga menyerlahkan kecantikan.apabila perempuan tersebut berada di tempat awam dan ramai orang,pasti ada saja mata yang memerhati dengan lincah setiap sudut tubuh perempuan tadi.


normalnya,mata tadi milik para lelaki yang cetek imannya.bila sudah dihidang pemandangan  yang mengasyikkan,pasti jerung tadi tak kan lepaskan peluang.tambah2 pemandangan itu banyak sekali dan mudah didapati.nafsu lelaki pasti mudah teransang dan apabila perasaan lelaki sedang bergelora,muncullah pelbagai imaginasi nakal yang tak mampu dikawal.


apa yang aku nak cakap,sanggupkah kita para gadis remaja terutama muslim,membiarkan  wanita menjadi bahan penaik nafsu lelaki.banyak juga video di youtube dimana para  lelaki dengan jujur memberitahu bahawa mereka mudah  rasa 'high' melihat wanita berpenampilan seksi.


seksi dimata lelaki bukan sahaja dengan pakai skirt singkat,baju ketat menampakkan lurah atau kain belah sana sini.kadang2 cukup terlihat lengan wanita sahaja,lelaki akan  teransang.


meh aku tunjuk sikit vdeo pengakuan lelaki yang mungkin korang pon pernah tengok.tapi kali ni cuba paham betul2 apa yang diorang sampaikan tu..


kawan aku pernah cerita,waktu dia keluar dengan mak dia ke pasar malam,dia ada nampak sorang gadis remaja ni.free hair dan baju dia agak ketat.pastu dia nampak sorang pakcik ni tenung gadis tadi dan menjilat bibir sendiri.bukan tujuan nak lembapkan bibir tapi pakcik tu memang tengah stim.kita mesti boleh beza pandangan biasa dan pandangan 'scanning'.tak pasti apa yang dia scan..Na'uzubillah..!

bagi yang memiliki rupa yang indah ditambah pula akhlak yang baik tapi masih belum berpakaian mengikut syari'at,jom kita sama-sama berubah!!kita jadi lebih baik dari sebelum ni!!

Allah sayangkan kita,sebab tu Allah nak kita lindungi aurat kita.sebab kita ni perhiasan dunia yang sangat indah dan berharga.umpama permata yang mahal,pasti tak akan dibiarkan menjadi tatapan orang ramai begitu saja.ia dilindungi..kerana apabila sudah biasa dilihat,ia tidak lagi luar biasa tapi biasa-biasa saja.

JOM!!KITA SAMA-SAMA BERUBAH!!


Monday, 7 January 2013

MEMILIH ALIRAN TINGKATAN 4

Assalamualaikum!!


huh..lepas berhempas pulas untuk menduduki PMR,lepas gelisah dan tak tenteram nya aku nak ambik result,sekarang aku kena pilih aliran yang aku nak ambil untuk tingkatan 4.mungkin sesetengah orang fikir,'apa yang nak pening pening sangat,kalau minat aliran tu ambik je la..'

tapi untuk orang macam aku yang jenis banyak sangat cita-cita,arkitek,doktor,businesswoman,sasterawan,pendek kata kalau boleh semua nya aku nak jadi..bila aku tengok kat TV pasal kerja ni,aku pun teringin.bila baca pasal kerjaya ni,aku pun nak jugak.jadi bagi korang yang tengah buntu nak pilih aliran mana yang korang nak,aku nasihatkan tetapkan bidang apa yang korang minat.contohnya bidang sains ke,kemanusiaan ke,kejuruteraan ke atau apa-apa je lah yang ada kat sekolah.

lepas tu,kena tau setiap aliran tu matapelajaran apa yang ditawarkan.macam kat sekolah aku ada 2 kelas sains.beza antara 2 kelas ni kelas sains 1 ada akaun dan wajib ambil,takleh drop.kelas sains 2 takde akaun.matapelajaran lain semua sama cuma beza kat akaun je.

jadi kalau minat aliran sains dan minat jugak akaun,ambil la kelas sains 1.tapi kalau minat aliran sains tapi tak minat akaun ambil la kelas sains 2.masih dalam aliran yang sama cuma beza satu subjek je..tapi kat sekolah aku ni,kalau ada budak straight A's pilih kelas sains 2 mesti orang tanya kenapa?sebab biasanya budak straight A's akan duduk kelas sains 1,kelas paling depan.

budak 7A 1B kat kelas sains 1 pun buat muka 'kerek' je dekat budak 9A atau 8A yang duduk kat kelas sains 2.padahal level sama je..jadi,nasihat aku,waktu nak pilih aliran tu jangan ikut kawan dan jangan dengar apa orang kata!tanya diri korang aliran mana yang sesuai dengan diri korang dan subjek apa yang korang minat.

ada orang ikut kawan sebab tak mau sorang sorang.ada yang ikut kekasih sebab lebih senang nak jumpa atau nak ikut jejak langkah kekasih (konon).ada yang nak glamor sebab banyak budak 'hot' dalam kelas tu.ada yang ikut orang yang dia suka sebab nak usha dia selalu.

tak kisah la apa-apa pun alasan yang korang ada,yang penting jangan sampai menyesal nanti.bila dah pilih sesuatu aliran tu,walaupun baru tersedar tak minat,korang kena usaha juga sungguh-sungguh!anggap la itu satu peluang untuk korang belajar benda baru.

tapi bagi yang baru nak pilih,selidik betul-betul.tanya senior korang,adik beradik atau saudara.haritu aku telefon kakak aku,dia bagi panduan dan nasihat.kawan-kawan dia pun join sekali.sebab ada kawan kakak aku yang ambil akaun.kakak aku tak.aku tak tau kenapa aku nangis bila kakak aku dan kawan dia bagi nasihat.menangis tanpa sebab..haha..ada ke macam tu!

sekarang ni aku pilih kelas sains 2.kebanyakan kawan aku pilih sains 1 sebab ada antara diorang yang minat akaun.yang lain aku tak pasti.tahun ni kelas sains 2 ramai pelajar sebab budak yang dapat straight A's pun tak nak ambil akaun.bukan takut,tapi tak minat.biasanya,kita kurang berusaha untuk subjek yang kita tak minat dan lebih-lebih lagi ramai senior yang cakap akaun susah.aku pun pernah tengok buku rekod diorang.15,20,30 markah tu memang biasa la.kalau dapat B kira hebat.

lagipun akaun tu subjek teras.kalau subjek lain A tiba-tiba akaun B atau C kan tak best tu.aku teringin jugak nak belajar akaun kalau subjek tu untuk belajar saja-saja.tak dikira dalam SPM.kawan aku punya saudara kat TKC(Tunku Kursiah College) pun cakap kalau tak minat tak payah ambil.kat sana pun ramai yang gagal.jadi aku yang memang tak minat akaun ni pun ambil la kelas sains 2..

kelas sains 2 pun boleh berjaya apa.yang penting kena berusaha lebih.sebab form 4 dan form 3 dah lain.form 3 mungkin boleh main-main lagi.dapat jugak straight A's.tapi naik form 4 dan nanti SPM lak,kalau main-main siap la kau!!

bukan nak takutkan korang yang ambil akaun,ramai je yang A dalam akaun.siap A plus lagi.yang penting,sebanyak mana usaha yang korang letak untuk berjaya.ingat,belajar kena IKHLAS!!bukan harapkan penghargaan orang.niat kena betul supaya hasilnya nanti diberkati Allah.

last but not least..(ecehh,speaking pulak) bagi yang beragama Islam,tunaikan solat sunat istikharah.sebaik-baiknya buat 3 kali.InsyaAllah,dengan ilmu Allah yang maha luas Dia akan tunjukkan apa yang terbaik untuk korang.ingat!!semua yang terjadi ada hikmah nya.biarpun lepas 10 tahun baru kita sedar hikmah tersebut dan lepas 10 tahun baru nak bersyukur..kan Allah dah berfirman,'tak semestinya apa yang kita suka itu baik untuk kita,dan tak semestinya apa yang kita tak suka itu tak baik untuk kita.'Allah itu Maha Mengetahui dan lebih luas ilmu-Nya..

aku sekarang ni tengah fikir nak tambah Tasawwur Islam sebab aku 9 subjek je.tapi kena belajar sendiri.agak-agak,ok tak??

p/s:dah 2 minggu naik form 4 baru nak tulis pasal semua ni..begitulah apabila perasaan malas menggila..huarrggh!!

Wednesday, 3 October 2012

MENANGIS SEBAB LELAKI????

ASSALAMUALAIKUM




Whoaaa.....lama kot tak blogging.al maklumlah,candidate PMR la katakan.minggu ni tak banyak kerja sekolah.TAPI,stress sebab cikgu selalu dok ingatkan pasal pmr yang dah nak dekat.pra-pmr baru-baru ni result aku jatuh jugak.hok alooh,riso kawe!!

pastu sejak akhir-akhir ni aku tak ada mood sangat nak joking ngan kawan-kawan.kalo dulu,nak exam pun dok gelak-gelak lagi.cikgu ada jugak ingatkan,jangan banyak gelak nanti banyak menangis pulak.kalo aku gurau ngan diorang pon,biasa-biasa je.mungkin ni tanda-tanda stress.kalo tak silap aku pernah baca bila kita hilang mood kat benda yang kita gemar tu tanda kita tengah tertekan.waduh-waduh gimana sih!!

oraitt,let's go to the point aku wat post ni.minggu lepas kalo tak silap aku,lepas habis exam pra-pmr,tiba-tiba,ada sorang kawan aku menangis.lepas keluar dewan dia ajak sorang kawan aku ni pegi mana entah.kawan aku yang lain tertanya-tanya,apsal dia nangis weh??

aku pun pelik.aku ingat dia stress ngan exam.ada kawan aku cakap sebab tak de orang wish happy birthday kat dia.ada jugak yang cakap sebab LELAKI.aku tak tahu mana yang betul.

kawan aku cakap dia(yang nangis tadi) ada bermesej(sms) ngan laki.budak kelas lain.mula-mula dulu laki tu macam syok ngan dia.aku pun tak tau macam mana nomo fon kawan aku tu boleh ada kat budak laki tu.pastu lama-lama laki tu dah tak layan.mungkin kawan aku tu dah mengharap kot.

aku tak pasti benda ni sume true or not.kalo tak betul pun,mungkin remaja lain ada menghadapi benda yang sama.aku cuma nak cakap sikit pasal menangis sebab laki.

post ni dibuat bukan untuk malukan kawan aku,cuma sebagai nasihat kat remaja lain.

aku sedih sangat kalo tengok perempuan yang sanggup berkorban untu boyfi dia.i was like,o come on,he can't give you everything.even feed you for the rest of your life.yang buat semua tu,keluarga.they supposed to get the same and even more.kenapa perlu couple??tak cukup kasih sayang dari keluarga?hei..you have ALLAH.rasa tersisih ngan kawan-kawan??hei..you have ALLAH.rasa tak laku??hei...you have ALLAH.always have ALLAH.

seriously,takde manfaat apa pun couple.aku tak boleh bacala kalo ada remaja bunuh diri sebab putus cinta.nyawa korang sangat berharga untuk dipersiakan.kita semua hidup kat dunia ni sekali je.amal yang akan dibawa menghadap ALLAH nanti mungkin tak cukup.life is too short.kita hanya singgah je kat dunia untuk siapkan bekaln sebab lepas ni kita ada perjalanan yang lebih jauh.60 tahun,100 tahun tu sangat singkat dibandingkan dengan kat akhirat nanti yang selama-lamanya.

so,berbaloi ke nangis,korban nyawa,lari rumah,serahkan maruah kat seseorang yang belum tentu jadi pendamping kita di syurga nanti.you are just wasting your time!  
pejalanan kita masih jauh
 sabarlah.Allah sudah mempunyai perancangan yang lebih baik untukmu.hayati lirik ni.banyak lagi kita kena uruskan.syukurlah sampai sekarang Allah masih pilih kita untuk melihat mata hari lagi.